journey wit ?
Thursday, August 19, 2004
BICARA KITA ADALAH BICARA SUCI...TANPA SUARA DAN KATA-KATA...KERANA PENGHUBUNG KITA ADALAH SUARA HATI...BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH..
Tuhan,
Dengan penuh syahdu Maryam merayu,
Pada tuhannya yg Satu,
Pohon agar dikurniakan,
Kebahagiaan dan ketenangan
Lantaran kelahiran Isa al-Masih,
Masih menjadi tanda tanya.
Ah...
Apa aku peduli
Anak ini lahir
Antara aku dan dia
Kalau perlu aku besarkan
Kalau tidak,biarlah ia mati
...dengan penuh angkuh
Mariam pada zaman ini bersuara
Terus ingkar pada Tuhannya.
Dan apabila diperintahkan
Menutup aurat
Maka keluarlah wanita-wanita arab
Bagai gagak memenuhi padang pasir
Dengan penuh bangga Aishah bercerita
Tentang wanita dizaman Baginda
Akhlak dijaga maruah dipelihara.
Dan apabila menjelang
Malam yg pekat
Kelihatan kupu-kupu malam
Aneka warna merah,biru,kuning
Dengan sayu seorang tua bercerita
Tentang gadis zaman ini
Hilang malunya
Ternoda dengan satu nafsu dunia.
Maafkan aku wahai suamiku
Demikian Saiditina Fatimah merayu
Pada Saidina Ali suami nya
Bila menyedari diri menyakiti suami
Berkali-kali dia merayu
Sehingga 72 kali mengelilingi suami
Akhirnya Saidina Ali tersenyum kembali
Lantas terbuka semua 7 pintu syurga
Kesemua penuh nikmat selamanya.
Maafkan aku wahai isteriku
Demikian Ali moden melayu
Pada Fatimah di zaman ini
Bila menyedari diri
Tidak mampu memberi kemewahan
Kereta, rumah besar, intan berlian
Akhirnya si isteri terus terleka
Lantas terbuka 7 pintu neraka
Pilihlah yg mana satu wahai isteri durhaka!
"Mengapa saudara mengikuti daku?"
Tanya seorang gadis
Pada Hassan al-Basri yang mengekori
"Aku tertawan pada matamu"
Tidak lama kemudian
Keluar seorang ibu tua
Bersama sepasang mata
Didalam dulang keimanan
Terpegun Hassan
Penyesalan tiada gunanya
"Marilah ke rumahku"
Demikian pelawa seorang gadis
Pada teruna di zaman ini
Penuh bangga dengan dosa
Maksiat bukan lagi hina
Bahkan dilaung dimana-mana
Demikian kisah maryam, Aishah, Fatimah
dan gadis solehah
Bersama wanita dizaman ini
Apakah perjuangan mereka
Akan terkubur begitu sahaja
Menjadi cerita yang hanya dibaca
Tanpa rasa apa-apa
Menjadi nostalgia di mana-mana
Semoga kisah mereka menjadi panduan
Sampai bila-bila
Untuk diteliti dan diteladani........
Tuhanku, Jadikan Aku...
SubhanalLah..indah sungguh bunga-bunga ini
Manakan sama, indahnya wanita solehah di mata Ilahi
Di dunia ia penyeri, di syuga ia bidadari
Tuhan..apakah indahnya pekertiku
Seindah, seharum kuntuman sang mawar?
Apakah layak ku diumpama secantik seharum segarnya bunga,
Atau indahku hanyalah untuk dinikmati sang mata,
Namun pekertiku hitam layu tiada harumnya?
Tuhan, jadikan aku
Setabah Asiah isteri Firaun
Tabah menghadapi kekejaman suaminya
Setaat sang sufi Rabiah al-Aadawiyah
Mentaati dan melaksanakan perintah-Mu
Sekental Masyitah si tukang sikat
Mengatakan yang hak dan menidakkan yang batil
Sesabar Maryam ibu al-Masih
Menghadapi tohmahan dan fitnah kaumnya
Sesetia Khadijah al ummul-mu'miniin
Berdiri menyokong perjuangan Muhammad tercinta
Tanpa ragu dan penuh redha
Perkenankan Ya Tuhanku,
Amin...ya Rabbal 'alamin.
hitam putih
2:34 PM